31 Mar 2011

aik? apa nama jalan ni?


 gambar hiasan sahaja

"baru pukul 9 malam. ok...terus..terus....ha...masuk kanan....ni dah kawasan dia dah ni"
"ok...kalau nak tahu jalannya mana...senang je...jom kita tengok papan tanda jalan...AIK??"

bayangkan anda sedang dalam perjalanan ke suatu tempat.berjanji untuk bertemu dengan seseorang untuk membincangkan sesuatu yang penting. rasa-rasa macam boleh cari tempat ni. tanda jalan kan ada ^__^ tapi anda dihampakan oleh tanda jalan yang dipenuhi dengan iklan2 pinjaman wang!!
aduh! apakah?jalan dan jalan dan jalan..semua tanda jalan yang ditemui dipenuhi dengan stiker pinjam wang. ayo! dahla malam. orang pon tak nampak. nak tanya siapa ni?

kehampaan ini bukan sahaja menyesakkan nafas, tapi tambah membahayakan jika anda pernah melihat apa yang disiarkan di tv...juga berkaitan dengan papan tanda jalan yang menjadi mangsa vandalisme. kesannya---petugas hospital yang membawa ambulans tidak dapat menemui jalan untuk ke rumah mangsa yang sedang dalam kecemasan!!

papan tanda yang dibina menggunakan wang itu telah tidak dapat memenuhi objektif asal pembinaannya. bagi orang yang menampal stiker pinjaman wang itu juga, tiada siapa juga yang mahu  melihat malah menyumpah2 kerana  tambah menyulitkan. akibatnya...tiada siapa yang untung. bukan semua mampu memiliki gajet terkini penunjuk arah yang canggih itu. berilah peluang kepada tanda jalan untuk berfungsi dan tersenyum kerana berkhidmat dengan cemerlang kepada manusia.

jangan tunggu ia terkena pada kita dan keluarga kita baru hendak bertindak.
jom laporkan kejadian seumpama ini kepada pihak berkuasa.
jangan dibutakan mata
jangan dipekakkan telinga
jangan dimatikan hati
buktikan orang-orang yang berakal dan berhati mulia masih wujud di bumi ini

baca tentang


15 Mar 2011

Buat Pemuda Yang Dilihat Hebat

Wahai pemuda yang dilihat hebat
Engkau bergerak sepantas kilat
Isnin di Arau, selasa di Segamat
Terus bekerja tanpa penat
Berkobar-kobar ditiup semangat

Wahai pemuda yang dilihat hebat
Terkadang engkau pelik dan jelik
Melihat si tua lambat dan lembik
Kerja mereka dilihat terbalik
Menyebabkan engkau menjadi serik

Lalu pemuda yang dilihat hebat
Menyindir si tua yang bergerak lambat
Dirinya diangkat setinggi martabat
Fikirnya mahu memberi semangat
Pada si tua yang tiada kudrat
Tanapa melihat kesan mudarat
Si tua bertambah hilang semangat
Bahkan disangka hampir kiamat
Bahana fitnah terlalu hebat
Walaupun ramai yang tetap thabat
Kasihankan pemuda yang akalnya singkat

Wahai pemuda yang dilihat hebat
Jikalau engkau memang pahlawan
Jikalau engkau wira pilihan
Hadirmu pasti jadi rebutan
Beban yang berat menjadi ringan
Tua muda engkau pertahankan
Engkau gilap jadi berlian

Hingga kehebatan bukan hanya dilihat
Pada tenaga dan kudrat yang kuat
Tapi hati yang ikhlas dan taat
Akhlak terpuji setiap saat
Kehebatanmu disebut para malaikat
Dan penduduk bumi pun merasai rahmat

Nukilan mata hati: Norhasnida Zawawi

Mata Hati

Mata Hati

Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia 
 
**********************************

Assalamu'alaykum dan salam sejahtera kepada para pengunjung,
 
Kami (wanita bertujuh) mulakan 'entry' blog ini dengan lirik lagu 'Mata Hati' nyanyian Hijjaz kerana ia menggambarkan niat asal blog ini dilahirkan iaitu untuk menukilkan apa yang difikirkan dari pemerhatian dan  pandangan dalam kehidupan harian kami.
Sudah tentu setiap sesuatu yang ingin kami kongsikan itu adalah sesuatu yang istimewa untuk pengunjung. Yang pastinya kami akan cuba melihat dari mata hati dan sampaikan dengan seikhlas hati.
 
Semoga pengunujung akan mendapat sesuatu yang berharga dari tulisan kami. Pandangan dari pengunjung juga amat kami alu-alukan.
 
Salam perkenalan dari kami,
-Nida-Hamisah-Sham-Aya-Mashitah-Maryam-Wardah-