21 Jun 2011

ruang mandi jenazah di rumah ibu bapaku



suatu hari kami pulang menziarahi keluarga. ayah tersenyum dan memberitahu saya: "akhirnya ayah dan mak dah sepakat tentang apa yang kami nak buat dengan ruang kolam ikan lama"

saya jadi excited. tapi ayah suruh saya teka dulu.
"kolam kanak-kanak untuk cucu-cucu ayah!"
Bukan
"tempat minum petang"
Bukan
"tempat main ping pong"
Bukan

huhu. akhirnya setelah tekaan yang ketiga, ayah berkata, "ayah dan mak nak jadikan ruang tersebut tempat mandi jenazah"

T-T
entah kenapa saya tersentuh. sangat!!
semua orang pasti akan mati. saya yang banyak dosa ini dah sediakah??!!

tiba-tiba saya terkenang sebuah assignment yang dibuat semasa undergrad dulu. subject creative thinking and problem solving. pada waktu kami diminta mempraktikkan teknik thinking hats. dan akhirnya setelah mengguna pakai semua thinking hat, kami mendapat idea bahawa salah satu cara untuk membantu kita zikrul maut (mengingati mati) adalah dengan cara menjadikan interior design rumah kita bercirikan yang mengingati mati.

boleh jadi ada frame peringatan tetang kematian yang menghampiri.
boleh jadi katil itu berbentuk batu nisan ^_^
boleh jadi utamakan warna putih

macam-macam yang kami cadangkan. tetapi tak kami fikir idea seperti ayah dan mak--jadikan satu ruang dalam rumah, sebagai ruang untuk mandikan jenazah.

pada saat entry ini ditulis, telah masuk minggu ke-2 ruang tersebut digodek oleh kontraktor. makin nampak hasilnya. walaupun nanti anak-anak kecil kami barangkali seronok bermain di situ, saya akan tetap sedar diri, bahawa ruang itu objektif utamanya adalah untuk memandikan jenazah.

ia agar kami sentiasa mengingati, bahawa mati yang pasti itu sangat hampir.

siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya~oouuh

terima kasih kepada ummu nusaibah kerana berkongsi kisah hadiah nusaibah. sungguh menyentuh hati : )

-----------------------------------------
suatu hari saya ke KK (Klinik Kesihatan). Masuk-masuk terus nampak poster agar berhati-hati dengan tanda-tanda penyakit TB dan bersegeralah membuat pemeriksaan jika kita menghidapi tanda-tanda ini.


entah kenapa tiba-tiba poster membuat saya 'terasa'. (heheh..selalu manusia yang boleh buat manusia lain terasa. ini poster tak bernyawa pun boleh buat orang terasa). kenapa? sebab saya pernah menghidap TB beberapa tahun lalu.

akhirnya saya membuat kesimpulan, message pada poster tersebut memang ditujukan secara general, tapi untuk orang yang tidak diuji dengan TB, akan menganggapnya sekadar langkah-langkah berhati-hati. bagi yang pernah diuji dengan TB? ^__^ dah tentu lebih memahaminya, lebih dalam dari sekadar berhati-hati.

contohnya, untuk saya, pengajaran yang saya perolehi daripada pengalaman diuji dengan TB ialah apabila terdapat tanda-tanda ini, segeralah mendapatkan diagnose yang lebih terperinci. lebih tepat lagi, periksa darah anda, dan mohon doktor lihat xray anda. kenapa? sebab saya telah bertemu doktor 3 kali dan semuanya mengatakan saya batuk biasa. kali ke-4 baru saya disahkan menghidap TB dan ketika itu 90% daripada paru-paru kiri telah rosak. anyway, alhamdulillah, telah saya temui hikmah daripada ujian ini.

entah bagaimana saya mengaitkan peristiwa ini dengan ayat-ayat Quran. seluruh al-Quran itu, makin dibaca makin memberi makna. rasa seperti tidak cukup membacanya sekali sahaja seumur hidup. ayat yang sama, tetapi apabila dibaca dan diamati lagi, lagi dan lagi, pada fasa kehidupan berbeza, memberi makna tambahan kepada hidup kita.

seperti kisah poster tadi, jika membaca sebelum diuji, kefahamannya tentu tak dapat disamakan dengan membacanya setelah diuji. bergetar jiwa melihatnya apabila dipandu pengalaman merasainya.

dalam konteks ayat Quran pula, contohnya: pada kali pertama kita membaca ayat ke-5 surah al-fatihah, "iyaaka na'budu waiyyaaka nasta'in" yg bermaksud "kepadaMu kami menyembah, dan kepadaMu kami memohon pertolongan", barangkali jiwa kita tidak bergetar.....atau kurang getarannya : )

tiba-tiba pada kali ke-9 kita membaca ayat yang sama, dan misalnya pada ketika itu kita sedang sangat-sangat kesempitan wang. sendat dan sempit. seluruh poket telah bocor. tiada lagi wang tersisa untuk makan dan teruskan hidup. apatah lagi membelikan susu anak dan lampinnya. sedangkan baru pertengahan bulan.  tatkala ini bisa saja berlinangan air mata kita membaca "iyaaka na'budu waiyyaaka nasta'in"..

ya Allah, aku ini hambaMu, tiada tuhan yang kusembah, yang kucinta, yang kupercaya selain daripadaMu. hanya kepadaMu kumeminta segala bantuan untuk hidupku ini, kerana hanya Engkau yang berkuasa memberikan bantuan kepada semua hamba-hambaMu.

bisa saja kita mengulang-ngulang ayat yang sama berkali-kali kerana benar2 merasai maknanya.

bukanlah ertinya kita harus mengalami dahulu semua perkara yang disentuh di dalam al-Quran, barulah hati kita bisa bergetar membacanya, tetapi ketika fasa hidup kita dipimpin oleh iman, segala yang kita baca akan tersuluh dengan iman.

maka bagi orang beriman, setiap peristiwa dalam hidupnya memberi kesan positif kepada jiwanya. jika dalam kisah poster TB tadi, jiwa bergetar dipandu pengalaman menghidapinya, dalam kisah ini, bergetar jiwanya apabila dipandu keimanan yang kuat kepada Allah yang menciptanya dan sangat-sangat  menyayanginya.

ketika kita melihat bahawa kesempitan wang yang kita hadapi itu adalah ketetapan yang Allah tetapkan untuk kita, dan kita yakini bahawa Allah hanya tetapkan yang terbaik untuk kita, maka akan kita insafi bahawa  di sisi Allah kesempitan wang itu tentu yang terbaik buat kita pada waktu ini.

ya. kita manusia. bukan malaikat.

tentu saja ada fasa hidup kita yang iman sedikit malap. berkumpullah bersama orang-orang soleh yang dapat mengingatkan kita agar menerangkan lampu iman kita. selalulah merasa rindu untuk dekat dengan Allah...tatapi dan bacalah ayat-ayatNya..mudah-mudahan kita akan selalu berusaha kuat untuk melihat seluruh hidup kita dengan kacamata iman.

agar kita bisa 'terasa' dengan setiap detik kehidupan.

bahawa ada petunjuk Allah di dalam setiap peristiwa. kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

3 May 2011

Hadiah Nusaibah

Suatu hari di kedai makan, aku ternampak sebuah majalah bernama 'Aulad'. Ku belek-belek kandungannya. "Bagus, boleh beri pada Nusaibah supaya dia boleh belajar bahasa melayu dengan seronok. Banyak aktiviti dan cerita dalam majalah ni" kataku dalam hati. Kami sekeluarga baru pulang dari United Kingdom setelah bermusafir selama 3 setengah tahun. Kerana itulah anak-anakku tidak petah berbahasa melayu dan ini menyebabkan mereka berasa malu dan menyendiri ketika memulakan persekolahan di Malaysia.

Setelah membayar RM2 kepada tuan kedai, aku pun membawa majalah tersebut kepada Nusaibah. Anakku yang sedang makan itu tersengih-sengihdan sangat gembira menerima hadiah dariku. "Thank you Ummi", katanya. "Wow, there's so many activities in here. Alhamdulillah. Thank you Ummi", ujarnya lagi. "You're welcome, I hope you can learn lots of new Malay words Nusaibah..."kataku pada anakku itu.

Selang beberapa hari selepas itu, kutanyakan kepada Nusaibah tentang majalah Aulad yang telah diberikan. Samaada dia sudah melakukan aktiviti-aktiviti dalam buku tersebut atau tidak. "I already gave it to my friend, Nafisa because she liked it", ujar Nusaibah. "Nusaibah dah buat tak aktiviti dalam majalah tu?" tanyaku meminta kepastian. "Belum, but I gave it to Nafisa because she liked it" ulang Nusaibah. Dengan nada marah aku berkata "Kan Ummi suruh Nusaibah siapkan aktiviti dalam majalah tu supaya Nusaibah boleh belajar bahasa melayu?". Aku kesal dengan sikap Nusaibah ketika itu yang seolah-olah tidak mahu mengikut kataku. Suamiku yang kebetulan mendengar perbualan kami pun berkata "That's OK. That's very good Nusaibah. Allah will love you when you make other people happy". Aku hanya mendiamkan diri tanda kurang setuju. Peristiwa ini berlalu begitu sahaja dalam episod kehidupan kami.

"Eh ada pesta buku antarabangsalah minggu ni. Jom kita pegi nak?"tanyaku pada suami. Sudah lama kami sekeluarga tidak ke pesta buku. Inilah peluang untuk kami mencari buku-buku dengan harga yang lebih murah dan mendidik anak-anak kami untuk mencintai ilmu. Seperti yang kuduga, suamiku pun bersetuju. Lalu kami sekeluarga pun pergi ke PWTC. "Ramainya orang, maybe the book fair is fun" ujar anak kecilku Muadz yang sudah sedikit mahir berbahasa melayu. "Ramai orang datang sebab mereka semua suka baca buku" ujarku, membetulkan persepsi Muadz yang memikirkan bahawa orang ramai hanya akan buat sesuatu jika ianya seronok. Inilah salah satu pengaruh pemikiran Barat dalam diri anakku.

Memang ramai orang di pesta buku itu. Kami meredah ribuan manusia, melalui pelbagai booth penerbit buku tanpa mencari booth yang spesifik. Setelah 2jam lebih berjalan dan melihat anak-anak telahpun kepenatan, kami pun berjalan menuju ke salah satu dari lebih 3 pintu keluar. Tiba di booth terakhir sebelum pintu keluar, tiba-tiba mataku terpandang kepada majalah Aulad edisi terkini di sebuah rak. "Takde diskaun ke?" tanyaku kepada jurujual yang berdiri di situ. "Akak nak tak edisi lama? 50sen je sebuah kak. Sila masuk ke dalam" beria-ia jurujual itu mempromosikan majalahnya. Aku pun terus ke rak yang memuatkan edisi lama majalah Aulad itu. Ku ambil 8 keping dan membayar RM4 kepada jurujual tersebut. Anakku Nusaibah melihat dengan penuh gembira dan dan seperti biasa mengucapkan "Thank you, Ummi" setelah menerima majalah-majalah Aulad tersebut.

Sekembalinya aku dirumah, tiba-tiba aku terfikir tentang sesuatu dan berasa sangat malu dengan diri sendiri. Aku telah mempelajari sesuatu dari anakku Nusaibah. Nusaibah telah memberikan majalah Aulad kepada rakannya Nafisa dan kemudian Allah telah menggantikan pemberian ikhlasnya dengan 8 buah majalah Aulad khas untuknya. Memang ini semua adalah perancangan Allah. Allah berhak mengurniakan rezeki kepada hambaNya dan berhak menahan rezeki daripada hambaNya. Hadiah/infak yang diberikan dengan ikhlas akan dibalas dengan berganda-ganda oleh Allah. Syukur, mata hatiku tidak buta dan dapat mengambil ibrah (pengajaran) dari Hadiah Nusaibah.

Benarlah janji Allah...

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui" (Quran 2:261)

"Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (Quran 2:262)

Nukilan mata hati,
Ummu Nusaibah

26 Apr 2011

apakah asal usul 'convo robe' yang anda pakai?

*gambar hiasan, diambil dari google image

saya mendapat maklumat tentang asal usul robe yang dipakai di majlis konvokesyen universiti.

untuk mendapat maklumat lebih, saya mencarinya lagi.

pakcik google memberitahu:
"Date of Origin 13th c.
A robe is etymologically ‘something stolen’, hence a ‘looted garment’, and finally simply a ‘(long) garment’. The word comes ultimately from Vulgar Latin *rauba, which was borrowed from the same Germanic base as produced English bereave and rob. It passed into English via Old French robe. This still retained the ancestral meaning ‘stolen things, spoils’ as well as the new ‘garment’"

something stolen? looted garment? wow!
long garment~ hm...

apakah yang berlaku kepada dunia pada 13th century ini sehingga nama robe ini tercetus?

jom cari lagi!!

25 Apr 2011

Sabar itu seni

Assabru fannun...
Kesabaran itu seni...
Ini bukan pepatah.
Bukan juga kata-kata hikmah.
Tapi pesanan dari seorang yang hakim (bijaksana).
Pesanan sebelum meneruskan perjalanan kehidupan.

Pesannya,
Ujian itu pelbagai bentuknya,
Ada dalam taat, ada dalam maksiat,
Ada dalam susah, ada dalam senang.
Ia datang dari Pencipta segala ujian.

Pesannya lagi,
Seninya sabar itu pada redhanya,
pada sykurnya, pada tawakkalnya,
pada tenangnya, pada bijaknya,
pada pahalanya, pada natijahnya.
Semakin sukarnya sabar itu,
semakin indah seninya,
hanya yang merasai terasa indahnya.

Pesannya lagi,
Dengan sabar, tertawa bahagialah jiwa yang diuji,
sedang manusia memerhati simpati.
Dengan sabar, celiklah jiwa yang terhimpit,
sedang yang tiada sabar semakin tersepit.
Dengan sabar, berlipat ganda ganjaran Tuhannya,
sedang yang lain keliru untuk apa sabarnya!!

Ahh, indahnya seni sabar itu,
Cukuplah cerita Rasulmu, insan-insan terdahulu,
Mengukir seni itu dalam jiwaku, jua jiwamu...

p/s: doaku buatmu wahai yang mengajarku seni kesabaran

7 Apr 2011

YOU ARE WHAT YOU READ!

READERS ARE LEADERS!
hm..interesting!!
anda sokong??

bagaimana dengan yang ini?
YOU ARE WHAT YOU READ

ada satu kata-kata dalam bahasa arab berbunyi'
faaqidusyai' laa yu'thi
(orang yang tidak mempunyai apa2
tidak akan dapat memberikan apa-apa)

apakah perasaannya apabila anda diminta memberikan sesuatu,
anda mahu sangat-sangat untuk berkongsi,
tetapi anda tidak mampu mengeluarkan apa-apa
kerana anda tidak mempunyai apa-apa

apakah perasaan anda jika yang diminta itu ialah ilmu??....-_-

ada pelbagai jenis ice breaking dan cara memperkenalkan diri. suatu hari saya menghadiri program, dan semua peserta diminta memperkenalkan diri dengan cara memperkanalkan nama etc etc ttg diri dan buku yang sedang dibaca kini dan penulisnya. wah!! menarik!!

jika saya bisa memutar kembali masa ke zaman persekolahan, rasanya mahu menerjah ke library sekolah. saya rasakan yang saya tidak cukup menghargai perpustakaan sekolah. hanya bising mengatakan library berhabuk dan kecil. huhu. pandainya cakap!! padahal khazanah di perpustakaan yang comel itu tak dibelek pun. buat 'assignment' sekolah hanya merujuk assignment senior -_- mula menggali khazanah di perpustakaan sekolah pun bila saya terlibat dengan debat dan syarahan.

tiba di universiti...mak aih!! besarnya perpustakaan. rasa nak berkampung di situ. bila dapat berjalan di perpustakaan, di samping buku2, rasa lebih best dari window shopping.

kalau boleh diputarkan masa, saya berharap saya dapat menghargai ilmu semenjak saya kecil. saya berharap saya tidak dijangkiti virus 'exam oriented'. huhu. belajar dari apa yang akan masuk peperiksaan sahaja. tidak pedulikan yang lain -_-

tetapi seorang guru pernah berkongsi pepatah yang dibuatnya sendiri--"dulu nenek saya pun dara"..ertinya apabila ada muridnya yang suka membandingkan dulu dan kini, kemudian suka ber'kalau-kalau', memanglah kalau kita boleh putarkan masa, ada banyak yang ingin kita perbaiki dan tambahbaik. sebab itu kalau neneknya boleh putarkan masa, tentu ingin cantik seperti anak dara = )

apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil pengajaran daripada kisah lalu, bangkit dan lalui masa kini dan hadapan dengan lebih baik. kongsi dengan generasi baru agar mereka mendapat kebaikan dan menghargainya lebih awal daripada kita.

supaya graf kehidupan ini menjadi bertambah baik, baik dan baik!!

JOM BACA!!
JOM CARI ILMU
JOM HARGAI ILMU!!

JOM JADI LEBIH BAIK!!

dengan membaca kita akan tahu ke mana arah tuju hidup kita, mengapa kita dijadikan, ke mana kita akan pergi selepas mati dan banyak lagi persoalan penting dalam hidup ini

dengan membaca seorang engineer di malaysia pun bisa bercerita tentang palestin seakan2 Palestin itu tanah kelahirannya

dengan membaca, seorang saintis bisa saja memberikan buah fikir bernas tentang sejarah walaupun itu bukan bidang utama kepakarannya.

dengan membaca, kita akan menghargai perbezaan dan kita akan bisa melihat sesuatu dari sudut pandang yang lebih banyak. kehidupan tidak akan tertumpu hanya pada satu sudut pandang sahaja.

dengan membaca dan berkongsi apa yang kita baca, sudah tentu lebih banyak yang dapat kita perolehi! bayangkan!

membaca menjadikan kita kaya, lebih kaya jika kita sedia berkongsi ^_^



senyum...^__^


SENYUUUUUM ^__^

SERONOK KAN DAPAT SENYUM ^__^

ada satu kata-kata best yang dijumpai dalam episod kehidupan hari ini,

when we do good things,
people talk,
when we do bad things,
people talk,
when we do nothing,
peolpe STILL talk,
Let people talk,
Just do good, what's good, and you'll feel good, dude!
by Sha & Ridz

ya..jom buat baik, sementara masa hidup kita yang singkat ini masih ada.
setiap orang akan dan PASTI MATI
biarlah kita mati dengan membawa bekal yang baik-baik
untuk pulang bertemu Pencipta kita dengan keadaan yang paling baik dapat kita usahakan

chaiyok!!

31 Mar 2011

aik? apa nama jalan ni?


 gambar hiasan sahaja

"baru pukul 9 malam. ok...terus..terus....ha...masuk kanan....ni dah kawasan dia dah ni"
"ok...kalau nak tahu jalannya mana...senang je...jom kita tengok papan tanda jalan...AIK??"

bayangkan anda sedang dalam perjalanan ke suatu tempat.berjanji untuk bertemu dengan seseorang untuk membincangkan sesuatu yang penting. rasa-rasa macam boleh cari tempat ni. tanda jalan kan ada ^__^ tapi anda dihampakan oleh tanda jalan yang dipenuhi dengan iklan2 pinjaman wang!!
aduh! apakah?jalan dan jalan dan jalan..semua tanda jalan yang ditemui dipenuhi dengan stiker pinjam wang. ayo! dahla malam. orang pon tak nampak. nak tanya siapa ni?

kehampaan ini bukan sahaja menyesakkan nafas, tapi tambah membahayakan jika anda pernah melihat apa yang disiarkan di tv...juga berkaitan dengan papan tanda jalan yang menjadi mangsa vandalisme. kesannya---petugas hospital yang membawa ambulans tidak dapat menemui jalan untuk ke rumah mangsa yang sedang dalam kecemasan!!

papan tanda yang dibina menggunakan wang itu telah tidak dapat memenuhi objektif asal pembinaannya. bagi orang yang menampal stiker pinjaman wang itu juga, tiada siapa juga yang mahu  melihat malah menyumpah2 kerana  tambah menyulitkan. akibatnya...tiada siapa yang untung. bukan semua mampu memiliki gajet terkini penunjuk arah yang canggih itu. berilah peluang kepada tanda jalan untuk berfungsi dan tersenyum kerana berkhidmat dengan cemerlang kepada manusia.

jangan tunggu ia terkena pada kita dan keluarga kita baru hendak bertindak.
jom laporkan kejadian seumpama ini kepada pihak berkuasa.
jangan dibutakan mata
jangan dipekakkan telinga
jangan dimatikan hati
buktikan orang-orang yang berakal dan berhati mulia masih wujud di bumi ini

baca tentang


15 Mar 2011

Buat Pemuda Yang Dilihat Hebat

Wahai pemuda yang dilihat hebat
Engkau bergerak sepantas kilat
Isnin di Arau, selasa di Segamat
Terus bekerja tanpa penat
Berkobar-kobar ditiup semangat

Wahai pemuda yang dilihat hebat
Terkadang engkau pelik dan jelik
Melihat si tua lambat dan lembik
Kerja mereka dilihat terbalik
Menyebabkan engkau menjadi serik

Lalu pemuda yang dilihat hebat
Menyindir si tua yang bergerak lambat
Dirinya diangkat setinggi martabat
Fikirnya mahu memberi semangat
Pada si tua yang tiada kudrat
Tanapa melihat kesan mudarat
Si tua bertambah hilang semangat
Bahkan disangka hampir kiamat
Bahana fitnah terlalu hebat
Walaupun ramai yang tetap thabat
Kasihankan pemuda yang akalnya singkat

Wahai pemuda yang dilihat hebat
Jikalau engkau memang pahlawan
Jikalau engkau wira pilihan
Hadirmu pasti jadi rebutan
Beban yang berat menjadi ringan
Tua muda engkau pertahankan
Engkau gilap jadi berlian

Hingga kehebatan bukan hanya dilihat
Pada tenaga dan kudrat yang kuat
Tapi hati yang ikhlas dan taat
Akhlak terpuji setiap saat
Kehebatanmu disebut para malaikat
Dan penduduk bumi pun merasai rahmat

Nukilan mata hati: Norhasnida Zawawi

Mata Hati

Mata Hati

Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia 
 
**********************************

Assalamu'alaykum dan salam sejahtera kepada para pengunjung,
 
Kami (wanita bertujuh) mulakan 'entry' blog ini dengan lirik lagu 'Mata Hati' nyanyian Hijjaz kerana ia menggambarkan niat asal blog ini dilahirkan iaitu untuk menukilkan apa yang difikirkan dari pemerhatian dan  pandangan dalam kehidupan harian kami.
Sudah tentu setiap sesuatu yang ingin kami kongsikan itu adalah sesuatu yang istimewa untuk pengunjung. Yang pastinya kami akan cuba melihat dari mata hati dan sampaikan dengan seikhlas hati.
 
Semoga pengunujung akan mendapat sesuatu yang berharga dari tulisan kami. Pandangan dari pengunjung juga amat kami alu-alukan.
 
Salam perkenalan dari kami,
-Nida-Hamisah-Sham-Aya-Mashitah-Maryam-Wardah-