21 Jun 2011
ruang mandi jenazah di rumah ibu bapaku
suatu hari kami pulang menziarahi keluarga. ayah tersenyum dan memberitahu saya: "akhirnya ayah dan mak dah sepakat tentang apa yang kami nak buat dengan ruang kolam ikan lama"
saya jadi excited. tapi ayah suruh saya teka dulu.
"kolam kanak-kanak untuk cucu-cucu ayah!"
Bukan
"tempat minum petang"
Bukan
"tempat main ping pong"
Bukan
huhu. akhirnya setelah tekaan yang ketiga, ayah berkata, "ayah dan mak nak jadikan ruang tersebut tempat mandi jenazah"
T-T
entah kenapa saya tersentuh. sangat!!
semua orang pasti akan mati. saya yang banyak dosa ini dah sediakah??!!
tiba-tiba saya terkenang sebuah assignment yang dibuat semasa undergrad dulu. subject creative thinking and problem solving. pada waktu kami diminta mempraktikkan teknik thinking hats. dan akhirnya setelah mengguna pakai semua thinking hat, kami mendapat idea bahawa salah satu cara untuk membantu kita zikrul maut (mengingati mati) adalah dengan cara menjadikan interior design rumah kita bercirikan yang mengingati mati.
boleh jadi ada frame peringatan tetang kematian yang menghampiri.
boleh jadi katil itu berbentuk batu nisan ^_^
boleh jadi utamakan warna putih
macam-macam yang kami cadangkan. tetapi tak kami fikir idea seperti ayah dan mak--jadikan satu ruang dalam rumah, sebagai ruang untuk mandikan jenazah.
pada saat entry ini ditulis, telah masuk minggu ke-2 ruang tersebut digodek oleh kontraktor. makin nampak hasilnya. walaupun nanti anak-anak kecil kami barangkali seronok bermain di situ, saya akan tetap sedar diri, bahawa ruang itu objektif utamanya adalah untuk memandikan jenazah.
ia agar kami sentiasa mengingati, bahawa mati yang pasti itu sangat hampir.
siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya~oouuh
terima kasih kepada ummu nusaibah kerana berkongsi kisah hadiah nusaibah. sungguh menyentuh hati : )
-----------------------------------------
suatu hari saya ke KK (Klinik Kesihatan). Masuk-masuk terus nampak poster agar berhati-hati dengan tanda-tanda penyakit TB dan bersegeralah membuat pemeriksaan jika kita menghidapi tanda-tanda ini.
entah kenapa tiba-tiba poster membuat saya 'terasa'. (heheh..selalu manusia yang boleh buat manusia lain terasa. ini poster tak bernyawa pun boleh buat orang terasa). kenapa? sebab saya pernah menghidap TB beberapa tahun lalu.
akhirnya saya membuat kesimpulan, message pada poster tersebut memang ditujukan secara general, tapi untuk orang yang tidak diuji dengan TB, akan menganggapnya sekadar langkah-langkah berhati-hati. bagi yang pernah diuji dengan TB? ^__^ dah tentu lebih memahaminya, lebih dalam dari sekadar berhati-hati.
contohnya, untuk saya, pengajaran yang saya perolehi daripada pengalaman diuji dengan TB ialah apabila terdapat tanda-tanda ini, segeralah mendapatkan diagnose yang lebih terperinci. lebih tepat lagi, periksa darah anda, dan mohon doktor lihat xray anda. kenapa? sebab saya telah bertemu doktor 3 kali dan semuanya mengatakan saya batuk biasa. kali ke-4 baru saya disahkan menghidap TB dan ketika itu 90% daripada paru-paru kiri telah rosak. anyway, alhamdulillah, telah saya temui hikmah daripada ujian ini.
entah bagaimana saya mengaitkan peristiwa ini dengan ayat-ayat Quran. seluruh al-Quran itu, makin dibaca makin memberi makna. rasa seperti tidak cukup membacanya sekali sahaja seumur hidup. ayat yang sama, tetapi apabila dibaca dan diamati lagi, lagi dan lagi, pada fasa kehidupan berbeza, memberi makna tambahan kepada hidup kita.
seperti kisah poster tadi, jika membaca sebelum diuji, kefahamannya tentu tak dapat disamakan dengan membacanya setelah diuji. bergetar jiwa melihatnya apabila dipandu pengalaman merasainya.
dalam konteks ayat Quran pula, contohnya: pada kali pertama kita membaca ayat ke-5 surah al-fatihah, "iyaaka na'budu waiyyaaka nasta'in" yg bermaksud "kepadaMu kami menyembah, dan kepadaMu kami memohon pertolongan", barangkali jiwa kita tidak bergetar.....atau kurang getarannya : )
tiba-tiba pada kali ke-9 kita membaca ayat yang sama, dan misalnya pada ketika itu kita sedang sangat-sangat kesempitan wang. sendat dan sempit. seluruh poket telah bocor. tiada lagi wang tersisa untuk makan dan teruskan hidup. apatah lagi membelikan susu anak dan lampinnya. sedangkan baru pertengahan bulan. tatkala ini bisa saja berlinangan air mata kita membaca "iyaaka na'budu waiyyaaka nasta'in"..
ya Allah, aku ini hambaMu, tiada tuhan yang kusembah, yang kucinta, yang kupercaya selain daripadaMu. hanya kepadaMu kumeminta segala bantuan untuk hidupku ini, kerana hanya Engkau yang berkuasa memberikan bantuan kepada semua hamba-hambaMu.
bisa saja kita mengulang-ngulang ayat yang sama berkali-kali kerana benar2 merasai maknanya.
bukanlah ertinya kita harus mengalami dahulu semua perkara yang disentuh di dalam al-Quran, barulah hati kita bisa bergetar membacanya, tetapi ketika fasa hidup kita dipimpin oleh iman, segala yang kita baca akan tersuluh dengan iman.
maka bagi orang beriman, setiap peristiwa dalam hidupnya memberi kesan positif kepada jiwanya. jika dalam kisah poster TB tadi, jiwa bergetar dipandu pengalaman menghidapinya, dalam kisah ini, bergetar jiwanya apabila dipandu keimanan yang kuat kepada Allah yang menciptanya dan sangat-sangat menyayanginya.
ketika kita melihat bahawa kesempitan wang yang kita hadapi itu adalah ketetapan yang Allah tetapkan untuk kita, dan kita yakini bahawa Allah hanya tetapkan yang terbaik untuk kita, maka akan kita insafi bahawa di sisi Allah kesempitan wang itu tentu yang terbaik buat kita pada waktu ini.
ya. kita manusia. bukan malaikat.
tentu saja ada fasa hidup kita yang iman sedikit malap. berkumpullah bersama orang-orang soleh yang dapat mengingatkan kita agar menerangkan lampu iman kita. selalulah merasa rindu untuk dekat dengan Allah...tatapi dan bacalah ayat-ayatNya..mudah-mudahan kita akan selalu berusaha kuat untuk melihat seluruh hidup kita dengan kacamata iman.
agar kita bisa 'terasa' dengan setiap detik kehidupan.
bahawa ada petunjuk Allah di dalam setiap peristiwa. kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Subscribe to:
Comments (Atom)